Thursday 29 September 2011

Lidah ini tidak dijaga.


Bismillahirrahmanirrahim :)
Assalamualaikum..

Alhamdulillah saya masih lg bernafas di dunia ini atas kehendak Nya,
iaitu utk terus beribadah kepada Allah SWT..

hmmm..
agak lama x update blog ni,sejak masuk sem baru di UniSZA x sempat pulakkn.
al maklumlah agak berkomitment di sini,byk tanggungjawab perlu dilaksanakan.
demi Allah,akan aku teruskan juga walau seperit mana pon,insyaAllah!

okeh..
saya telah menilai diri saya selama 3 minggu di UniSZA,
then,disitu ada beberapa kekurangan akan diri ini..
Alhamdulillah saya masih beristiqamah TAPI masih terasa  ada yg kurang!!
MULUT NI SELALU BERKATA-BERKATA perkara yg SIA SIA!!
lidah ini x henti berkata2 tentang org lain :'(
lidah ini selalu berkata2 perkara yg sia sia
lidah ini jarang berzikir :(
aku berdosa Ya Allah :(
makin menggunung dosa dosa aku kepada Mu Ya Allahh..

aduhh..bukan senang kerana yg mengenali sy pasti tahu bagaimana saya..
terlalu suka bercakap,bergosip,bercerita..
jadi..what can i do is...
saya mesti MUJAHIDAH! lawan nafsu,lawan,lawan!

sungguh!!
lidah itu merupakan alat paling besar yg digunakan oleh syaitan utk memperbudakkan manusia.
oleh itu,menjaga tutur kata merupakan perisai yg paling besar utk melawan kejahatan syaitan..

jadii..
saya nk share cara2 utk menjaga lidah,insyaAllah peringatan utk diri sendiri jugak.


1)Menjaga lidah dari bercakap perkara yang tidak perlu/mustahak

2)Menjaga lidah dari cakap berlebihan-jika boleh gunakan satu patah perkataan untuk mencapai maksud maka jangan gunakan lebih

3)Menjaga lidah dari terjerumus ke jurang kebatilan-mula -mula cakap perkara yang baik,lama-lama tak sedar dah mengumpat orang.

4)Menjaga lidah dari berbantah-bantahan

5)Menjaga lidah dari bertengkar

6)Menjaga lidah dari bercakap besar dan omong kosong

7)Menjaga lidah dari bercakap keji dan mengeji(perkataan lucah dsbgnya)

8)Menjaga lidah dari mencerca-mencerca ibubapa orang lain

9)Menjaga lidah dari melaknat-termasuk tidak melaknat diri sendiri

10)Menjaga lidah dari mencerca orang yang telah mati/mayat

11)Menjaga lidah dari melemparkan perkataan kafir kepada orang yang beriman

12)Menjaga lidah dari banyak bergurau senda

13)Menjaga lidah dari mengejek dan memperolok-olokkan-harus dilarang anak-anak yang bersekolah rendah/menengah supaya tidak jadi tabiat

14)Menjaga lidah dari memecah rahsia-rahsia peribadi,orang lain dan maslahah umat Islam,

15)Menjaga lidah dari bercakap bohong-ni part paling mencabar

16)Menjaga lidah dari mengumpat

17)Menjaga lidah dari menabur fitnah- yang ni biasanya hati tidak berapa takut pada Allah atau terlupa

18)Menjaga lidah dari jadi penghasut(lidah bercabang dua)

19)Menjaga lidah dari membicarakan apa yang berlaku antara anda dan isteri anda

20)Menjaga lidah dari bernyanyi-nyanyi-sudah tentulah lagu-lagu angau yang diharamkan

21)Menjaga lidah dari bersumpah lain dari nama Allah

22)Menjaga lidah dari bersumpah dengan ucapan pengakuan untuk keluar dari agama Islam

23)Menjaga lidah dari mencerca ayam jantan

24)Menjaga lidah dari mencerca ad Dahr( hari dan waktu)

25)Menjaga lidah dari mencerca angin

26)Menjaga lidah dari mencerca sakit demam panas

27)Menjaga lidah dari berdusta dalam penyaksian-saksi palsu

28)Menjaga lidah dari mengungkit-ungkit pemberian sedekah-

29)Menjaga lidah dari mencerca diri sendiri

30)Menjaga lidah dari pengakuan bohong- mengaku satu barang itu haknya padahal bukan

31)Menjaga lidah dari memuliakan orang-orang fasik,bidaah dan munafik

32)Menjaga lidah terhadap perkataan 'DAN' yang boleh menyebabkan syirik

33)Menjaga lidah dari menyebutkan " Hujan ini disebabkan kedudukan cakerawala begini..."

34)Menjaga lidah dari memperlecehkan makanan

35)Menjaga lidah dari berbisik-bisik-terutamanya berbisik perkara yang menimbulkan permusuhan dan menentang Rasul/hadis saw

36)Menjaga lidah dari menyebut kehilangan hartabenda di dalam masjid

37)Menjaga lidah dari menyeru pertolongan kepada selain Allah-menyeru nama malaikat,jin dsbgnya

38)Menjaga lidah dari memohon pertolongan selain dari Allah



InsyaAllah,marilah kita sama sama menjaga lidah kita.
lidah itu umpama hati kita..
marilah kita berkata sesuatu yg bermakna...bermakna kepada diri sendiri malah pada org lain

duhai diri,jaga la lidah kamu,berhenti la berkata kata sesuatu yg sia-sia!

wallahualam~

0 comments: