Friday 9 September 2011

Hijrah insan hina

Bismillahirrahmanirrahim :)
Assalamualaikum buat para pembaca*kalaulah ade org bace ,hihihi*

entri kali ni special ckit.
saya nk memperkenalkan dulu la,
siapakah tukang design,tukang taip,tukang pikir,tukang rajin ini blog.
insan hina ini telah dilahirkan di dunia dgn tangisan seperti baby baby lain,
iaitu pada 16 November 1990 jam 3 pagi di sebuah kampung yang terletak di daerah Raub,
Kampung Lembah Klau.
selama perpuluh puluh tahun last2 baby ni pon jadi dewasa,
nak diceritakan mmg terlalu byk cabaran dan liku2 kehidupan yang telah dilalui.
namun Allah mempermudahkan segala-galanya.Alhamdulillah.
semua yang terjadi itu,ada hikmahnya.

bagi yang mengenali diri ini dulu tidak kiralah teman teman sekolah rendah,sekolah menengah,matrik,Unisza,malah family saya sendiri.
ramai terkejut dgn perubahan sekarang.
"perubahan drastik" kata mereka.
cukuplah saya katakan bahawa biarlah Allah menilai segalanya.
ramai bertanya apa yang menyebabkan saya boleh berubah dalam sekelip mata..
ada yang saya dah cerita tapi ada yang saya masih x cerita.

detik detik hidayah saya itu.xmungkin saya akan lupakan iaitu pada awal bulan oktober tahun 2010.
saya ye saya cik pQah yang ckup stress pada masa tu.
byk menda saya stress.salah satunya adalah kerana seorg artis yang saya betul2 FANATIK!
dtg dari korea nk buat fan meeting ke malaysia ni.mcm org x normal saya time tu.Allah,malunya bila ingat.
cukup2..

dan pada satu malam di awal bulan 10,ketika saya sedang online facebook.
pada masa itu,saya ternampak satu post dari hamba Allah yang byk mengubah saya
telah post sesuatu.nak tahu dia post apa?
dia post Surah Ibrahim :)
dia kata "org sekarang fanatik korea,fanatik hindustan sampai sanggup hafal liriknya tapi Al Quran tidak pula,jom dgr surah Ibrahim" *lebih kurang gini la*
saya terasa dan sgt terkesan di hati kata2nya.
DAN pada masa itulahh saya tekan play!
Allah,Allah,Allah perasaan apa ini??
aku xpernah merasai perasaan aneh ni.kenapa aku menangis??Ya Allah..........................

ok2..cukup,itulah detik2 hidayah saya mampu ceritakan se'simple' mungkin.okay ckuplah smpai situ.
sejak dari detik itu,saya nekad nk berubah btoi2 nk berubah.
bermula dgn SOLAT.pada masa itu saya sgt bahagia dapat solat.mcm sentiasa menunggu je azan.
bila nk azan?bila nk azan?Allah..manisnya sungguh solat itu saya meraskan,
Allah x pernh saya rasa mcm ni.terima kasih Allah <3

dari segi penampilan pula saya cuba mengubahnya.bermula dgn stokin last2 tudung labuh saya cuba.
ye mmg drastik,semua ckp mcm tu.tapi saya x rasa semua tu drastik sbb saya berubah step by step.
cuma tiada siapa yang tahu dan perasan semua itu.sedangkan saya masih jahil lagi pada masa itu.
dan ingatlah hanya Allah yg mampu baca niat dan hati saya ini.
so jgn mudah menilai :)
dan walaupun saya terpaksa tempuh bermcm2 tomohan dan kata2 dari masyarakat pada waktu itu.
terutamanya ada yg berkata "pQah nk khwin ke" "pQah tu buang tabiat ke" "nk jadi baik ke"dan mcm2 lagi.
malah ada yang menjauhkan diri,mungkin takut dgn perubahan ini.
dan pada masa itu,saya berasa cukup cukup ASING.

Benarlah sabda Rasulullah saw "Islam itu dimulai dalam keadaan asing, dan suatu saat akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”

tapi syukur Alhamdulillah Allah tetap bersama sama saya dan hanya Allah yang menguatkan saya pada masa itu utk melalui semuanya.Alhamdulillah,terima kasih Allah.

Kini,hampir mencecah 1 tahun penghijrahan saya.masuk bulan 10 ini ckup la 1 tahun.
Alhamdulillah,byk yang saya belajar dan semakin berminat dgn ISLAM.
sungguh saya seperti "IN LOVE" dgn ALLAH,dgn RASULULLAH,dengan ISLAM.
semoga diri ini terus istiqamah dan terus berada di jalan Nya.

Lastly,
Syukran Jazilah pada Allah S.W.T
Syukran Jazilah pada ibu bapa dan family saya
Syukran Jazilah pada best friends saya "FEFDA"
Syukran Jazilah pada kawan2 di UniSZA
Syukran Jazilah pada romate saya,Aisyah Husaini
Syukran Jazilah pada Syafiqah Yazid,Fahmi Dasuki,Farhana Dasuki
Syukran Jazilah pada semua sahabat yang mengenali saya
Syukran Jazilah pada pendakwah di FB
Syukran Jazilah pada Hamba Allah itu

Wassalam.

gambar hiasan

0 comments: